ABU Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang menjilat madu tiga pagi dalam sebulan dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."
Abdullah Mas’ud meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda: "Gunakanlah dua penawar iaitu madu dan al-Quran." Cendekiawan Islam terkemuka, Afzalur-Rah-man juga pernah meriwayatkan madu bermanfaat untuk menyembuh pelbagai penyakit jantung dan selsema.
Madu kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A, B kompleks, C dan E, juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, zat besi, karbon, magnesium, naterium, kalium, klorin, iodin, kuprum, mangganese dan silika. Madu dikatakan hertindak sebagai bahan makanan bernilai tinggi, makanan penjaga kesihatan dan ubat kepada pelbagai penyakit.
Demikian menurut penulis dan pengkaji khasiat perubatan Islam berasaskan tumbuhan dan herba, Dr Zabidi Nawawi, yang juga Pengurus Besar Global Herba (Perak) Sdn Bhd (Global Herba), Sungkai, Perak.
Kerana minatnya yang mendalam dalam kajian perubatan Islam dan tumbuhan herba, beliau menghasilkan tiga buku —Perubatan Nabawi dan Perubatan Tabiie pada 1986, Himpunan Nasihat Tokoh Islam Sedunia (1990) dan Petua Tradisional dan Saintifik pada 1992.
Selain pernah mengikuti kursus perubatan homeopati (awal 80-an), Ayurveda (India Utara dan Siddha (India Selatan), juga menamatkan ijazah sarjana pengurusan perniagaan secara sambilan dan Universiti Ohio (1996) dan menerima ijazah doktor falsafah dan universiti yang sama dalam bidang kajian perubatan pilihan termasuk acupressure,
akupuntur, terapi warna, refleksologi, iridologi, aromaterapi dan terapi untuk rehat dan tenang (1998)
Katanya, kajian juga menunjukkan bakteria tidak dapat hidup dalam madu. Ia disebabkan oleh faktor zat kalium dalam madu yang menghisap lembapan bakteria. AhIi kaji bakteria dan Kolej Pertanian Fort Collins Colorado, pernah mengkaji madu, mendapati bakteria tidak dapat hidup dalam madu menyebabkan kuman demam kepialu mati dalam masa 48 jam dan kuman A dan B typhosus mati thiam tempoh 24 jam.
Mikro organisma yang menyerupai typhoid basilus mati dalam masa lima jam. Begitu juga hakteria yang menyebabkan penyakit peritonitis, pleunitis dan bisul bernanah. Kuman cirit birit mati dalam masa 10 jam.
Prof H A Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang berwarna gelap mengandungi zat kuprum, zat besi dan mangganese yang lebih tinggi.
Madu juga adalah media yang baik untuk penyerapan vitamin. Sayuran dan buah-buahan kehilangan sebahagian vitamin dan zatnya dalam masa penyimpanan.
Tidak seperti gula tebu dan kanji, madu tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman, mudah dan cepat diassimilasikan oleh badan, membekal tenaga yang diperlukan dengan cepat, membantu memulihkan tenaga, mudah dan serasi untuk buah pinggang, mernpunyai kesan melawaskan pembuangan air besar Semula jadi dan menenangkan badan dan akal fikiran.
Menurut Dr Zabidi ,Institut Perubatan Islam Amerika adalah antara institusi Islam yang berusaha ke arah merealisasikan penyelesaian Islam membabitkan permasalahan perubatan.
Katanya, selain amalan doa dan zikir, khasiat pemakanan dan rempah, khasnya daripada tumbuhan turut dijelaskan dalam al-Quran dan hadis. Mengenai khasiat buah kurma, Rasullullah bersabda : "barang siapa makan (bersarapan) pada setiap hari dengan tujuh buah kurma ajwa, maka ia tidak akan ditimpa pada hari itu oleh racun mahupun sihir."
Ajwa, terletak benhampiran Madinah dan kurma itu boleh diperolehi di Madinah, juga Makkah. Buah kurma mengandungi zat pemakanan yang lengkap, paling lengkap dalam senarai makanan ruji. Ia berkarbohidrat tinggi, juga vitamin dan pelbagai zat galian.
Rasulullah juga pernah bersabda: " Hendaklah kamu menggunakan jintan hitam, maka sesungguhnya didalamnya terdapat bahan penyembuh (ubat) untuk semua penyakit kecuali kematian"
Jintan hitam digunakan untuk mengeluarkan kahak daripada pernafasan melancarkan pengeluaran susu ibu dan mengatur haid, mengatasi masaalah saluran kencing dan bermanfaat untuk penderita kencing manis. Untuk meredakan sakit gigi, campurkan jintan hitam dengan cuka . Juga boleh disapukan pada sengatan binatang berbisa dan jantung berdebar. Untuk merawat selsema dan resdung, tumbuk jintan berkenaan dan dibungkus dalam kain untuk dicium baunya.
Rempah lain yang turut bermanfaat membabitkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam. lada ekor, halba, lemuju dan komkoma
Allah dalam firmannya turut menyebut kebaikan mengenai kepentingan dan kebaikan buah-buahan, khususnya anggur, delima dan kurma.
Makanlah buah delima bersama-sama empulurnya kerana ia menawarkan perut. Tiadalah sebiji deIima yang masuk kedalam perut kamu melainkan ia menggiatkan jantung. Ia membersihkan umat Islam daripada hasutan syaitan selama 40 hari. Allah turut menerangkan hati mereka yang memakan delima selama 40 hari, juga menyebabkan syaitan sakit 40 hari.
Buah delima pula dikatakan mengemaskan benang jantung dan menambahkan buah fikiran. Makanlah buah tin kerana ia membantu penyakit baasir dan pirai (gout) makanlah daun sadri adalah sayur-sayuran ramai nabi. Kismis dikatakan meredakan kahak, menguatkan saraf, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.
Nabi Nuh pernah mengadu kepada Allah mengenai perasaan dukacita. Dukacitanya hilang apabila Allah mengwahyukan beliau memakan anggur. Kita juga dinasihatkan supaya memakan buah buahan jenis tembikai dan potong dengan menggunakan gigi. Jusnya adalah rahmat, kemanisannya adalah dan dan iman dan syurga.
Memakan tembikai sebelum masa makan membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit dan akar umbinya. Rasulullah membiasakan dirinya memakan timun dengan garam.
Baginda memakan tembikai dengan buah."buah-buahan segar dan keju Labu pula dikatakan meningkatkan kecerdasan akal manakala inai adalah pewarna Islam. Penggunaannya menarnbahkan kebajikan orang beriman. Ia rnenghindarkan sakit kepala, mencerahkan penglihatan dan menguatkan kekuatan seks.
Ia juga adalah raja segala wangian di dunia dan di akhirat, juga turnbuhan yang paling disukai Allah.Allah juga berfirman supaya umatnya membanyakkan memakan sayur-sayuran. Justeru, jika kamu pergi ke mana-mana bandar, makanlah sayur-sayuran dan bawang yang ditanam di situ kerana ia menghindarkan penyakit khusüs untuk bandar itu. Ia juga menghilangkan kelelahan, menguatkan saraf, rnenambah tenaga batin dan menyembuhkan demam.
Bawang putih pula dikatakan berupaya menyembuhkan 70 penyakit manakala keju memudahkan tidur dan penghadaman makanan yang baik.
Justeru, kembalilah kepada al-Quran dan hadis. Juga jangan sesekali benci kepada penyakit, kerana setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut dan mereka yang menjaga badan serta makanan akan panjang umurnya
Selasa, 11 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan